Lencana Sekolah



Lencana sekolah-sekolah "Infant Jesus Convent" adalah taraf antabangsa yang telah digunakan oleh pelajar di negara-negara yang terdapat di lima buah benua dalam dunia ini.Di bahagian tengah lencana terdapat sebuah perisai berwarna merah yang direntangi dengan sehelai selempang perak yang berumbaikan emas di tepinya.Warna merah adalah melambangikan kasih sayang Tuhan terhadap makhluk dan alam ini.Di bahagian kanan atas perisai terdapat buah kitab suci dengan titik-titik manik perak di dalamnya.Kitab suci ini mewakili penganut-penganut agama yang terdapat di negara kita iaitu :* Al-Quran bagi penganut Agama Islam.*Injil bagi penganut Kristian.*Dharmapada bagi penganut Buddha.*Bhagaxabgita bagi penganut Hindu.Ini adalah sesuai bagi perinsip Rukun Negara kita yang menjadikan "Kepercayaan kepada Tuhan" sebagai prinsip pertamanya.Manik-manik perak pula mengingatkan kita tentang "sembahyang" iaitu kewajipan utama kita semua.Di sebelah bawah kirinya terdapat sebatang tiang rahat dan gelendong benang yang melambangkan "Kekuatan Untuk Bekerja".